Rabu, 16 Mac 2011

Bermulanya...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah dengan izin Allah Yang Maha Esa, akhirnya terbit sinar di dada penulis untuk membuat satu blog bagi mengisi ilmu yang tersingkap dalam minda yang kadang kala x tercapai dek akal untuk kita sama-sama bermuhasabah dan memikirkan apa yang tebaik demi masa depan manusia sejagat.

Tanggal 17-3-2011, D' Luar Minda dizahirkan secara mutual di alam maya ini untuk membuka ruang setiap pelusuk umat manusia untuk kita sama-sama fikirkan dan kita sama-sama kembangkan agar ilmu yang dimiliki dapat dimanfaatkan oleh semua manusia. D' Luar Minda adalah satu blog yang berlatar berlatarbelakangkan dengan isu hal ehwal semasa dan menjana ilmu yang ada untuk masa depan tanpa menidakkan fakta sejarah yang mendokongi kejayaan hamba Allah pada masa lalu. Disini juga merupakan satu medium untuk kita berikan satu informasi yang tepat serta ramalan dan jangkaan tanpa berlakunya perkara yang ditakuti dan diingatkan oleh Rasullulah S.A.W iaitu fitnah di akhir zaman.

Moga-moga terbitan blog ini dapat menjana ilmu serta memberikan kekuatan motivasi diri sendiri dan umat manusia baik dari aspek mental dan spiritual. InsyaAllah..

Akhir Kalam, moga hembusan nafas yang masih ada ini dapat memberikan sesuatu input yang berguna buat umat manusia hendaknya..Amin